Tolong klik yer..^_^

JOM BIZ DENGAN TUNETALK

Pelaburan Emas

BannerFans.com

tolong klik...

Wednesday, 19 December 2012

Lengkap ilmu emas



SEJAK kebelakangan ini, cerita mengenai pelaburan emas semakin mendapat perhatian dan lebih banyak individu mula memilihnya sebagai medium pelaburan jangka panjang.Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui cara betul untuk melabur dalam komoditi itu, malah lebih membimbangkan apabila semakin banyak syarikat menawarkan skim pelaburan di laman sosial dan memaparkan longgokan emas untuk menarik pelabur.Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Hijjaz Gold Sdn Bhd, Md Zamri Mohamad Nazir mengenai pelaburan emas dan tip memaksimumkan pelaburan.ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur? Pelaburan emas boleh mendatangkan keuntungan, namun bergantung kepada harga emas ketika dibeli kerana tidak semua tempat menawarkan harga sama.Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh menguntungkan pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.Cara terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai kerana ia tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak berikutan masih boleh dijual mengikut harga pasaran jika dileburkan.Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang berminat membuat pelaburan emas? Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak, lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan. Jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas.Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur bagi mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.Selain itu, mereka yang berminat boleh mula memantau sendiri harga emas dunia di www.goldprice.org atau www.kitco.com untuk menilai sendiri turun naik harga emas dalam tempoh tertentu.Jika seseorang berminat membuat pelaburan emas, yang mana harus dipilih sama ada melabur emas secara fizikal atau pelaburan berdasarkan harga emas semasa? Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli. Malah, jika bukan untuk tujuan dijual, barangan berkenaan boleh dipakai atau disimpan neberikutan harganya terus meningkat serta dianggap aset.Malah, ia boleh dijual atau digadai untuk mendapatkan wang tunai. Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan yang kemungkinan bergantung kepada spekulasi pasaran.Bagaimana jika seseorang individu merancang membuat simpanan emas sebagai pelaburan jangka panjang? Menabung emas lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama berbanding simpanan wang tunai yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.Langkah untuk menjadikan emas sebagai medium simpanan adalah tindakan baik, namun perlu bergantung kepada harga emas ketika dibeli.Bagi memastikan simpanan emas memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap skim emas berunsur penipuan? Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat untuk mengelak pelabur tertipu.Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta sekiranya tahu cara yang betul.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/10





Cara Mudah Buat Untung Dengan Pelaburan Emas



Pelabur hebat dan bilionair dunia, Warren Buffet menyatakan, pelaburan yang terbaik adalah pelaburan yang jelas potensinya. Kajian yang diperoleh daripada laman web Gold Price mendapati, nilai harga emas menunjukkan peningkatan secara konsisten setiap tahun.Iaitu jumlah peratusan adalah sekitar 20% hingga 30% setiap 12 bulan. Ini bermakna, apabila kita membuat keputusan untuk melabur dalam emas fizikal, kita berpeluang untuk merasai nikmat keuntungan yang besar.Antara sumber rujukan yang boleh digunakan untuk mengetahui kenaikan harga emas adalah Kitco. Dalam laman web ini, mereka akan memaparkan harga pasaran emas semasa.Namun begitu, ramai individu yang membeli emas gagal untuk mendapat pulangan yang lumayan. Hal ini biasanya disebabkan oleh kegagalan mereka untuk memahami asas untuk membuat keuntungan dengan pelaburan emas.Pakar dalam pelaburan emas, Syukor Hashim menyatakan, cara mudah untuk buat keuntungan dengan pelaburan emas adalah…Membeli Ketika Murah, Menjual Ketika TinggiIni adalah asas dalam mana-mana pelaburan termasuk pelaburan emas. Di mana kita membeli apabila harga emas jatuh. Ketika paras harga emas turun, maka lakukan pembelian emas fizikal dengan segera.Antara produk-produk emas fizikal yang sesuai untuk pelaburan adalah:

  • Syiling Kijang Emas.
  • Syiling emas UOB Bank.
  • PAMP Suisse Gold Bar.
  • Dinar emas.
Namun begitu, bagaimana untuk mengetahui harga emas bakal jatuh meskipun kita tidak tahu bagaimana untuk menjangkakan perjalanan harga semasa emas dunia.Maka di sini kita boleh gunakan formula yang disarankan oleh jutawan pelaburan iaitu Azizi Ali. Di mana beliau menyarankan…Beli Sekarang Apabila MampuSebagai seorang yang tidak mempunyai kepakaran untuk menganggarkan nilai harga emas semasa, maka jalan yang terbaik adalah membeli emas ketika kita mampu. Ini bermakna, apabila kita mempunyai wang yang cukup untuk membeli emas (contohnya 1 dinar emas 4.25 gram)  pada harga RM800, maka terus membeli tanpa perlu berfikir panjang.Ini kerana kita tidak tahu sama ada hari esok harga emas akan naik atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya kita telah memiliki produk emas itu. Formula yang disarankan Azizi Ali ini berteraskan keuntungan yang pasti kita akan peroleh iaitu kenaikan harga emas yang dijangkakan meningkat 20% hingga 30% setiap tahun.Bermakna apabila kita sudah membeli 1 dinar emas pada harga RM800, nilai jualan yang bakal kita peroleh pada tahun hadapan adalah sekitar RM960 (Jika peratusan kenaikan 20%).Ini bermakna kita akan memperoleh keuntungan sebanyak RM160. Ini adalah harga untuk 1 dinar emas. Bagaimana pula dengan nilai keuntungan apabila kita membeli 10 dinar emas pada tahun ini, dan menjualnya pada tahun hadapan?Berdasarkan kiraan kasar, kita akan memperoleh keuntungan sebanyak RM1,600 dalam tempoh 12 bulan pelaburan.Persediaan Sebelum MembeliBerdasarkan kajian harga semasa, untuk bermula sebagai pelabur emas yang bijak, modal yang diperlukan adalah sekitar RM800 untuk membeli 1 dinar emas yang mempunyai berat 4.25 gram.Ramai individu yang terlalu ghairah apabila mengetahui potensi pelaburan emas dengan cara yang mudah ini. Namun kesilapan yang sering mereka lakukan adalah menggunakan wang keperluan untuk membeli emas.Pelaburan emas adalah pelaburan jangka masa panjang. Justeru itu, beli emas dengan menggunakan wang lebihan sahaja pada tahap permulaan. Ini bagi mengelakkan diri kita daripada menanggung kerugian besar selepas menggunakan duit simpanan atau keperluan untuk membeli emas.


Tuesday, 18 December 2012

Oley 2 episod 1

Oley 2 adalah sebuah drama arahan Adam Hamid. Antara watak utama dalam cerita Oley 2 ialah Leman Raja Lawak, Bob Lokman, Ustazah Nuridah, Fazilah Hussin, Selvi dan Dr Rosni Adam. Penampilan utama Ustaz Riduan Md Nor, Ustaz Nik Abduh, Ustaz Kamaruzaman. Cerita Oley 2 mengisahkan bagaimana jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah. 


Selamat menonton..=)

Perginya ulama Melayu terkemuka di Masjidil Haram



SYEIKH Mohammad Abdul Qadir Al-Mandili yang merupakan ulama Melayu terkemuka di Masjidil Haram, Mekah meninggal dunia pada 31 Julai lalu pada usia 73 tahun.
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada umat Islam terutamanya masyarakat dan dunia Melayu. Beliau merupakan antara tokoh agama di dunia Melayu yang berjaya mendapat tempat di Mekah, khususnya Masjidil Haram.
Sebenarnya, sejak sekian lama, ramai golongan pandai agama dunia Melayu yang merantau sehingga Tanah Suci untuk belajar dan mendalami ilmu agama, dan tidak terkecuali Syeikh Mohammad.
Beliau merupakan anak kepada Syeikh Abdul Qadir yang juga merupakan ulama dan guru di Masjid Haram lahir di Alor Setar pada 1939 turut terkenal di Indonesia, Patani dan Manila. Ayahnya berasal daripada Mandiling, Indonesia dan berhijrah ke Malaysia ketika berusia 14 tahun. Beliau belajar agama di pondok Gajah Mati, Kedah dan ketika itu hidupnya sering dihimpit kesulitan.
Sebelum penjajahan Jepun, Syeikh Abdul Qadir berhijrah ke Mekah dan meneruskan pengajian di Masjidil Haram. Ketika itu belum wujud universiti dan Masjidil Haram dianggap universiti.
Penghijrahan ayahnya ini membuka laluan kepada Syeikh Mohammad dan adik-beradiknya yang lain turut berpindah sama dan peluang ini digunakan untuk belajar dan mendalami ilmu agama di Mekah.
Selepas mendapat bimbingan alim ulama di Masjidil Haram, ayah beliau kemudian ditawarkan menjadi guru agama di situ hinggalah beliau meninggal dunia ketika berumur 56 tahun.
Bagi Syeikh Mohamad pula, pendidikan awalnya bermula di Madrasah Darul Ulum, Mekah yang diasaskan oleh rakyat Malaysia dan Indonesia. Selepas itu beliau mendalami lagi ilmu melalui bimbingan ayahnya sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Madinah.
Sebelum mengikut pengajian di Universiti Madinah, beliau belajar dengan ayahnya di Masjidil Haram selama tujuh tahun dan merupakan kumpulan pelajar pertama diterima masuk Universiti Islam Madinah.
Beliau pernah dilantik sebagai Jemaah Ahli Syura Urusan Agama Masjidil Haram di Mekah dan bekas guru di Maahad Al-Haram di Mekah serta dihantar ke Asia Tenggara oleh Darul Ifta, Arab Saudi untuk memerhati hal-ehwal agama.
Syeikh Mohammad terkenal di kalangan Jemaah dari Malaysia, Indonesia dan Asia Tenggara lain kerana peranan beliau mengajar selepas Maghrib di Masjidil Haram. Beliau antara 15 guru agama yang dipilih memberikan kelas agama dan merupakan anak Melayu tunggal.
Antara keistimewaan yang diperolehi beliau semasa mengajar adalah pihak pentadbir masjid turut menyediakan kerusi khas untuknya di sudut masjid itu.
Setiap kali selepas solat Maghrib, satu sudut di Masjidil Haram bergema bagaikan suasana masjid kampung apabila Syeikh Mohammad muncul untuk memberi ceramah di sudut yang terletak berhampiran Kaabah dan selari dengan Hajaratul Aswad.
Semasa menyampaikan kelas atau ceramah, Syeikh Mohamad akan mengenakan jubah dan berkopiah yang ditutup kain serban serba putih dan dengan raut wajahnya yang bersih dan tenang, beliau menyampaikan ceramahnya dengan cara bersahaja dan sekali sekala menggunakan loghat utara.
Walaupun menetap di Mekah sejak remaja, beliau masih mampu bertutur bahasa Melayu dengan fasih sehingga menimbulkan kehairanan di kalangan jemaah.
Beliau sering pulang ke Malaysia untuk melawat ahli keluarga dan sahabat-handai.
"Kawan kawan hairan bagaimana setelah lebih setengah abad saya tinggal di Mekah, saya masih fasih berbahasa melayu," beliau dilaporkan pernah berkata.
Beliau menetap di kawasan Awali, tidak jauh dari kota Mekah. Hasil perkongsian hidup dengan dua isterinya, Syeikh Mohammad dikurniakan 18 anak.
Cara hidup Melayu masih sebati dengan jiwanya walaupun sudah lama di perantauan. Ketika di rumah, beliau lebih selesa memakai kain dan baju Melayu serta bercakap Melayu dengan anggota keluarga.
Bagi Syeikh Mohamad, kemewahan tidak datang bergolek dan ketika mula menjadi guru agama dulu, beliau terpaksa mengambil upah menjahit kerana gaji terlalu kecil.
Pengalaman lampau membuatkan beliau bersikap pemurah dan menurut para temannya, boleh dikatakan hampir setiap kali selepas ceramah, beliau akan menjemput orang ramai kerumahnya dan menjamu mereka dengan nasi bukhari.
Kedudukan dan peranan Syeikh Mohammad sebagai ulama dan guru di Masjidil Haram merupakan suatu yang dibanggakan apatah beliau merupakan anak Melayu, sekali gus membuktikan dunia Melayu mampu mengeluarkan tokoh penting agama.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 17 December 2012

Cara nak berjaya dalam perniagaan

Terdapat 5 cara nk berjaya dalam perniagaan. Kepada sesiapa yg berniaga or tidak sekali pun di harap baca artikal ini dan amalkan..insyallah..anda sukses dalam berbisness..=)


1) Set Fikiran Kena Betul & Ikhlas
Apa yang saya lihat untuk sukses anda perlu mempunyai MIND SET yang betul
contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau bereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?
Jadinya untuk berjaya, syarat pertama ialah anda kena ubah persepsi minda anda!
Kena cakap selalu I’m Still The Best atau Akulah orang yang paling terbaik dan terhebat dalam muka bumi ini. 

2) Dengan Siapa Anda Berkawan dan Buku Apa Yang Anda Baca                       

Mencapai sukses dan Kejayaan anda mesti bergantung kepada:


-Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari anda
-Siapa kawan anda sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecermelangan)
-Buku apa yg anda baca ? (Memperlajari Ilmu yang anda sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)

Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.
Antara petua berjaya ialah penting untuk anda mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu anda maju atau berjaya dalam perniagaan anda dan juga pendorong untuk anda berkeyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika anda inginkan pendapatan RM100,000 sebulan- anda harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. Anda dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau. 

Tidak ramai yg suka membaca. Jangan silap!! Buku adalah hasil ilham pemikiran penulis. Pembacaan buku boleh membentuk minda. Berapa banyak buku anda baca dalam setahun? tidak cukup dgn membaca….berapa banyak yg anda dapat lakukan dgn apa yg anda baca..? 
(p/s: saya cuba membaca 1 buku baru setiap bulan. 12 bulan=12 buku, 10 tahun=120buku, belum cukup banyak. Kebanyakan jutawan banyak membaca buku-mereka ada library di rumah mereka, bukan koleksi video!) 

 3) Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)
Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan anda Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang islam yang berniaga tak kira secara MLM, internet, jualan langsung mahupun mempunyai premis perniagaan sendiri saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca blog ini supaya keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah.
InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.

4)Menetapkan TARGET atau MATLAMAT
Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.
Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM40 dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000″

Dulu pada zaman saya sekolah cikgu selalu berpesan, apabila anda dah ada target, langkah seterusnya ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut. Cikgu saya pernah berpesan juga anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan untuk mencapai Target anda.

Gud Luck !!  

5) Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjaya
Apabila anda membuat keputusan untuk berniaga, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Contoh untuk berjaya dalam percintaan anda sanggup buat apasahaja untuk memenangi hati sidia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan anda sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.
Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).
Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.
Dalam bisnes MLM, internet dan beberapa bisnes yg saya pernah terlibat, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.
Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari 

Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka. 

Cara nak berjaya dalam blogging

Terdapat 6 cara nak berjaya dalam blogging yang harus di buat. Baca dengan tenang sambil minum secawan kopi. Aku setuju apa yg dikatakan dalam dalam artikal ni. So...ak mls nk tulis pajang2. Harap korang baca sendiri ap yg ak post ni...=)


1. Bermulalah Dengan perkataan ‘Kecil’

Macam apa yang saya dah bincangkan dalam 5 Perkara Mustahil dalam Blogging kita jangan terlalu optimis dalam blogging. Tak salah letak target tapi biar logik sikit. Kesalahan kita blogger Malaysiaialah kita terlalu NAK CEPAT DAPAT. ada 3 jenis nak cepat dapat dalam blogsphere Malaysia iaitu Nak Cepat Dapat Duit, Nak Cepat Dapat Populariti dan Nak Cepat Dapat Traffik Yang Banyak. Kita tak nak start dari bawah dan belajar. Apa yang kita fikir hari ni buat blog hari jugak kita NAK CEPAT DAPAT. Tak mau tunggu dan bagi masa untuk blog tu berkembang. Apa kata kita ubah mentaliti kita dengan set takpe Kecil-Kecil Lama-Lama Jadi Besar. Letak sikit sikap sabar dalam diri baru kita boleh  maju. So tak salah kalau kita bermula dengan kecil.

2. Cari Satu Benda Yang Kita Mahir Dan Minat Lepas Tu Tulis

Ok yang ni memang ramai di antara kita yang buat silap. Suka sangat menulis ikut trending. Bila ramai yang buat entri pasal PEKIDA SAMAN semua blogger buat dengan harapan nak trafik SEOpadahal dia tak tau apa yang terjadi. Bila musim World Cup semua tulis pasal worldcup padahal dia bukannya minat bolapun. Menulis sebab terpaksa dan untuk dapat trafik. Lepas tu bila trafik sikit mula bengong. Untuk apa korang tulis ikut orang lain, bayangkan kalau ikut trending kalau dah 10,000blogger buat isu yang sama mana nak datang trafik tu. Semua berebut nak buat isu yang sama. Apa kata korang cari strong point dalam korang yang mana korang mahir dan tumpukan. Janganlah disebabkan korang tengok Ariffshah buat entri SEO dapat sambutan korang pun nak buat tapi knowledge takde. Macam saya saya akan teruskan dengan buat tutorial Adobe Lightroom sebab ikut research saya tak banyak version Bahasa Malaysia dan itu yang saya suka buat.

3. Sikap Rajin Perlu Ada

Ok simple ni kalau bukan untuk blogging pun untuk benda lain perlu rajin. Kalau korang dah tau korang ni blogger dan tugas korang tulis artikel jadi tulislah artikel tapi jangan memaksa. Kalau dah takde sangat idea duduk diam sambil makan Cornetto adalah lebih baik otak tenang perutpun kenyang. Rajin dalam blogging tak semestinya buat article je research pun kena jugak. Komen pun penyumbang kejayaan dalam blogging. Ni bukan cerita tipu ini realiti. Orang selalu cakap eleh blogger otai tak update pun trafik banyak jugak. Ye itu time otai time diorang newbie takde pulak korang nampak cara diorang blogging.

4. Cari Dan Ambil Maklumat Dari Sumber Yang Dipercayai

Yang ni penting untuk kita yang selalu suka copy paste. Sumber kita kena betul dan kalau kita nak ikut sangat trending silalah buat ikut sumber yang betul. Sebab semua benda ada fakta tersendiri. Contohnya kalau kita nak buat pasal keagamaan sila nyatakan dari mana kita dapat so kalau ada apa-apa kemusykilan boleh suruh refer mana kita dapat maklumat tu. 

5. Gunakanlah Social Media

Yang ni saya rasa semua orang pun tau. Kalau ada blog dan ada facebook maka maximize penggunaan Facebook korang. Dalam facebook ada banyak group yang boleh bantu korang letupkan netri korang dan dengan facebook juga boleh membuatkan blog korang dikenali bukan sahaja blogger tapi pengguna facebook. Dapat satu share pun dah jadi sebab ia akan merebak. Jangan takut dengan bilangan share dan like yang sedikit sebab kadang-kadang lepas share mulut pun akan menjalankan peranan untuk promote. Tak mustahil kalau article korang best diorang akan bercerita.

6. Buat Baiklah Sesama Blogger

Yang satu benda yang mudah nak buat tapi ramai antara kita buat je. Bagi kita blog kita kita punya suka nak tulis ikut suka pun itu hak kita. Pergh tolonglah buang sikap ni dalam blogger. Kita tak perlukan penyelamat wanita dalam blogsphere. Kita tak perlu seorang blogger yang hanya fikir dia je betul. Dan kita tak perlu sorang blogger yang tau nak kecam orang tapi dia unknown! Dalam blogsphere yang perlu ada adalah RESPECT barulah kita boleh maju. Tak guna hebat SEO tapi kita tak tau buat relationship dengan blogger lain dan takde respect seolah-olah kita je paling hebat.


Sumber : http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/47403-6-cara-nak-berjaya-dalam-         blogging.html#.UM-iZ-STzvY

Hukum Main GITAR


Hukum Main Gitar



Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith-hadith soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

  •  Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.
  • Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.
  • Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.
  • Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

DI JAWAB OLEH USTAZ AZHAR IDRUS