Tolong klik yer..^_^

JOM BIZ DENGAN TUNETALK

Pelaburan Emas

BannerFans.com

tolong klik...

Monday 31 December 2012

ANALISIS HARGA EMAS DAN PERGERAKAN HARGA EMAS 2013



Analisis harga emasANALISIS HARGA EMAS DAN PERGERAKAN HARGA EMAS 2013
Ini adalah analisis harga emas dan pergerakan harga emas 2013 bagi membuat ramalan dan jangkaan unjuran harga emas berdasarkan panduan kepada pelabur emas untuk menjadi jutawan emas masa depan.
Analisis harga emas pada akhir tahun 2012 adalah bagi menganalisa harga emas di akhir tahun 2012 yang mengalami penurunan dan pergerakkan harga emas yang kurang memberangsangkan pada tahun 2012. Ramalan pakar peramal emas dunia didapati tidak tepat dan jauh tersasar daripada jangkaan harga emas dapat mencecah 1800us/oz tetapi pada 21 Disember 2012 harga emas menjunam kepada harga terendah iaitu 1648us/oz. Sebenarnya pada akhir tahun setiap tahun sememangnya harga emas akan turun sedikit kerana pengambilan untung oleh pelabur tambahan lagi dengan krisis kewangan eropah yang belum berakhir, perayaan krismas dan kenaikkan dollar amerika.
Jangkaan ini hanyalah agakkan pemikiran manusia yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya adakalanya tepat adakalanya tidak tepat dan salah jangkaan. Dengan ramalan harga emas yang adakalanya tidak tepat kerana banyak perkara yang mempengaruhi harga emas. Walau bagaimanapun ramalan harga emas dari peramal emas dunia boleh di ambil panduan kerana mereka adalah pakar emas dan berpengalaman dalam pergerakan harga emas.
ANALISIS HARGA EMAS 2012
Harga emas pada tahun 2012 didapati tidak menentu dengan harga naik turun selepas kenaikkan harga emas tertinggi pada September 2012. Ada pelbagai spekulasi dan andaian seperti kitaran harga emas selepas 12 tahun dan sebagainya.
Pada pendapat saya pula, emas adalah komoditi yang dipengaruhi oleh stok emas. Jika stok emas banyak, harga murah dan sebaliknya. Harga emas juga dipengaruhi oleh matawang dollar dan euro kerana mereka adalah kerajaan yang besar juga memiliki stok emas yang banyak.
Pada pendapat saya pada tahun 2013 harga emas akan meningkat akibat kekurangan stok emas disebabkan pembelian emas oleh pelabur kerana harga emas yang murah kini dan juga krisis ekonomi Negara eropah yang kian pulih. Klik untuk melihat KENAPA MEMILIH PELABURAN EMAS
PERGERAKAN HARGA EMAS
Pergerakan harga emas akhir tahun 2012. Pada 21 disember 2012 harga emas turun dengan banyak iaitu kepada harga $1648us/oz. Analisisa graf  harga emas adalah diambil pada 21 disember 2012 bagi menentukan pergerakkan harga emas pada tahun 2013.
Lihat graf analisis harga emas di atas pada 20 dan 21 disember 2012 harga emas turun mendadak hingga harga terendah $1648. Jadi pada keesokkannya,berdasarkan analisis jika harga emas turun lagi,harga emas boleh mencecah kepada harga $1627 dan sebaliknya jika harga emas menaik, harga emas boleh meningkat kepada harga $1677 hinggalah kepada $1700.
graf harga emas dan sejarahANALISIS HARGA EMAS DAN PERGERAKAN HARGA EMAS 2013
Pada keesokkannya iaitu pada 22 disember 2012 didapati harga emas mengalami peningkatan. Lihat harga emas semasa dan sejarah harga emas dibawah website ini seperti gambar di atas. Klik pada 1 bulan,6 bulan,1 tahun atau 5 tahun untuk melihat sejarah harga emas yang sentiasa meningkat.
Ini menunjukkan harga emas menunjukkan tanda positif kenaikkan harga emas dan waktu yang paling sesuai untuk anda membeli emas. Harga emas secara normal dijangkakan akan turun sedikit pada hari raya cina iaitu 11 Februari 2013. Jika harga emas meningkat dengan tinggi dalam masa terdekat pastinya harga emas sekarang akan lebih rendah daripada harga emas yang menurun pada hari raya cina. Jadi lebih baik beli emas sekarang.
PERGERAKAN HARGA EMAS 2013
Tahun 2012 sudah hampir berakhir, tibalah untuk melihat ramalan harga emas tahun 2013 dari pelbagai pihak sebagai panduan.
1. Basel Committee of Bank Supervision
Emas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran. Ini akan megakibatkan harga emas meningkat dua kali ganda.
2. Goldman Sachs
Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
3. Deutsche Bank
Deutsche Bank meramalkan harga emas meningkat kepada $2113.00
4. BNP Paribas
BNP Paribas meramalkan harga emas menjadi $1865.00
5. HSBC
HSBC meramalkan harga emas menurun kepada $1450.00
6. Barclays Capital
Barclays Capital meramalkan harga emas $1750.00
7. Morgan Stanley
Morgan Stanley meramalkan harga emas meningkat kepada $2175.00
8. Roy Friedman
Ramalan harga emas terbaru daripada Roy friedman pada 20 disember 2012 semasa kejatuhan harga emas yang terendah. Roy Friedman meramalkan harga emas akan meningkat pada tahun 2013 kepada $2,200.
Gold Prices Should Rise in 2013 – $2,200 Possible

No comments:

Post a Comment